Tuesday, September 28, 2010

Apakah peranan cita-cita dalam pendidikan?

Pendidikan merupakan aset terpenting dalam membangunkan anak bangsa dari aspek akademik,kokurikulum,sahsiah,jati diri dan sebagainya yang juga merangkumi nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan dalam diri para pelajar.

Oleh yang demikian,para pelajar haruslah mempunyai suatu cita-cita yang dapat menetapkan sesuatu matlamat dalam hidup mereka.Oleh yang demikian,kita sebagai guru juga memainkan peranan yang penting untuk memberi petunjuk hala tuju kepada para pelajar agar mencambahkan dan memperkembangkan lagi perspektif para pelajar agar minda mereka sentiasa terbuka untuk mencari peluang dalam bidang pendidikan.Hal ini bukan sahaja dapat menjadikan ibu bapa merasa bangga akan kejayaan anak-anak mereka malah kejayaan itu juga dapat dikongsi bersama dalam membangunkan martabat negara kerana dapat melahirkan anak jati Malaysia yang berwawasan,berdisiplin,berwibawa dan mempunyai mental kelas pertama.

No comments:

Post a Comment