Saat diri terbungkam kaku di hujung jendela...
saat jiwa melara mengenang kisah lama...
Terbangkit lagi kisah itu...
Kenapa perlu mencari aku lagi..?
Ketika kau meninggalkan ku di keadaan itu..
akan ku ingat..
Namun setelah memikir memori kita..
Jiwa terasa bersatu...
Hati menjadi satu..kerana kau cinta pertamaku..
Lama untukku kembali biasa..
Lama untukku melupakan semua.....
Kenapa kau harus kembali...?
Kenapa perlu mencari lagi..?!!!
Setelah bersama dengan orang lain...
kenapa datang kau muncul menanti..?
sejujurnya aku kecewa dengan perbuatan lalumu..
Yang sungguh menikam naluri dan kalbuku...
Aku ingat kau bahagia bersama dengannya...
Namun kini...
Hanya kau yang tahu..
apa yang aku rasakan
sepertimana kau membuat diriku!!!!
Namun sekarang aku sedar tiada guna untuk kita bermusuh..
kerana kau pernah menjadi orang terpenting di hatiku...
Dan aku kini tidak lagi sendiri....
kerana mereka semua ada disampingku...
saat kau membaca,aku tahu kau sedih..
maaf seribu maaf..
tapi untuk jalan yang terbaik..
Berikan aku ruang dan masa untuk memikirkannya lagi...
Kerana jiwaku masih terluka...
No comments:
Post a Comment