Wednesday, July 18, 2012

kerna cinta 2

Saat tibanya masa yang ditunggu-tunggu.Akhirnya kami akan mendapat keputusan SPM yang telah kami usahakan selama ini.Setelah hampir berbulan lamanya kami menunggu..That's it!! Result dah keluar.Masing-masing megambil keputusan dan berjumpa dengan rakan-rakan yang lain.Aku tunggu Wi,tapi batang hidung langsung tiada kenampakan.Berasa result die??Aku tertanya-tanya.Aku pulang.Terus aku menghubunginya. "Wi,kau kat mana sekarang??" soalku risau. "Laa..aku kat Langkawi ni..dah tgk result ke?apa mcm?" soalnya lagi. Aku keluh. "Ooo..nanti jgn lupa beli ole-ole k??Aku tak tahu pulak kau dapat berapa?kau berapa?"bertalu-talu ku soal kepadanya. "Result aku tak berapa..tapi bolehlah kalau nak cari kerja..hehehe..kau dapat berapa?" Guraunya lagi. "Aku ala kadar jugak..tapi bolehlah kalau nak cari kerja.Apa2 pon tahniah yer! Kita kan dah usaha yang terbaik.. " aku sengaja menyenangkan hati. "Ye lah..tahniah jugak kat kau..aku rindu kau ni..haha.." guarau Wi. Terus ku letak telefon sambil membuat muka kelat.Geli. Hampir seminggu telah berlalu,aku berjaya mendapat tawaran daripada maktab.Aku gembira bukan kepalang.Hatiku riang berbunga-bunga.Syukur!.Hanya itu sahaja diungkapkan selepas menerima mesej mengatakan aku mendapat tawaran menjadi pelatih guru namun aku masih tidak mengetahui tempat untukku belajar.Hatiku sentap! Pulau Pinang???.Aku ragu.Airmata hmpir jatuh selepas melihat wajah-wajah insan yang aku sayang terutamanya ibuku,ayahku,adikku.Aku tidak pernah terpisah jauh daripada mereka.Inilah takdir Tuhan.Aku akur.Mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku akan berangkat ke Pulau Pinang bersama keluarga.Ahhh.Aku lupa untuk memberitahu Wi."Kenapa aku boleh lupa??" bisik hatiku. Petang itu,Wi pergi ke rumah.Aku tak tahu bagaimana untuk memberitahunya.Lidah ku kelu.Dia merupakan teman rapatku.Dia satu-satunya kawan lelaki yang mengetahui segala-galanya mengenaiku. Namun aku harus berterus terang dengannya. "Wi,kau tahu tak aku dapat tawaran maktab tu?"sengaja aku menyoalnya. "Aku tahu lah..lepas ni jadi cikgu lah kau ye" sindirnya. "Hahaha..aku ingat kau tak tahu..sorrylah aku lupa lah nak beritahu kat kau.Aku sibuk sangat nak urus borang tu sijil ni..banyak sangat..Medical check up lagi.Sorry lah ye.." rintihku. "Ya lah Na..aku faham.Kalau dah jauh tu,jangan pulak kau lupa kami kat sini.Pandai-pandai jaga diri kat tempat orang.Penang tu,bukan macam Marudi ni." Komen panjang dari Wi. "Hahaha...ye lah Wi.Pandai lah aku jaga diriku nanti.Kau pula jangan juga lupa kat aku.Kang2 mana tau jadi bussinessman berjaya..". Kami tersenyum tawar.Pasti perpisahan ini akan memberi kesan kepada kami suatu hari kelak.Kami bersalaman.Slam yang terakhir antara aku dan Wi.Ibu sempat menyediakan minum petang untuk kami. "Wi,kami bertolak esok.Nanti kalau ada masa free,pegilah hantar Na ye." beritahu ibuku kepada Wi. "Baik auntie." mengangguk faham. Pagi itu,aku bersiap dan pergi ke rumah nenek.Kami bersalaman.Sayu muka nenek ku.Uncle-uncle ku yang lain menghulur sedikit wang untuk ku.Hatiku sangat sayu.Sukar untuk aku berpisah dengan mereka. Tibanya aku di Airport Marudi,kami sekeluarga menunggu kedatangan Wi. "Kak,mana Wi kak?" Soal adikku. "Entah lah.Kak nak call dia jap." belum sempat aku mengeluarkan telefon bimbit.Aku mendengar suaranya. "Na!" panggil nya separuh jerit. Aku terkejut terus merenung mukanya. "Cehhh...ingat tak nak datang dah.." rajukku. Ayahku hanya tersenyum melihat kami.Aku perasan ayah menjeling kami dari jauh. "Wi,ni ada cd yang aku betul-betul lupa nak pulangkan kat kau.Hampir setahun CD ni kat aku.Sorry.Aku tahu kau sayangkan CD ni." maafku pada Wi. "Oooo..takpa lah Na,ini hadiah aku daripada kau.Kau kena jaga elok-elok ye.Bukan senang aku nak dapat CD ni tau."ucap Wi kepadaku. "OK.Terima kasih banyak-banyak Wi" jawab ku ringkas. Adik ku pergi ke arah kami. "Kak,jom..flight kita dah ada ni" panggil adikku. Aku menggangguk faham. "Wi,aku kena pergi dulu ni.Kau jaga diri kau elok-elok ye."Air mata ku hampir saja tertumpah namun ku tahan menahan sedih. Aku benar-benar anggap Wi sebagai abang dan rakan yang tak akan aku lupakan. "Na,ingat tau kau jangan lupa kat aku pulak.Apa-apa hal mesej je aku." Wi mengukir senyuman yang sangat manis kepada aku sekeluarga.Aku sedikit lega.Walaupun sedikit pahit untuk aku berpisah dengan orang kampungku. "Ok lah,bye Wi." Aku dan Wi bersalaman lagi.Kali ni aku rasakan tanganku sejuk kerana menahan sedih yang tak tertahan. "Ok Na.Aku rindu kau kawan!" jawabnya.Aku tahu Wi sedih. Ayah dan ibu hanya melihat kami dari jauh. Aku terus mengambil tempat duduk dalam flight.Adikku duduk bersebelahan denganku. "Kakak tak sedih ke?"soalnya seperti tertanya-tanya perasaan ku. "Taklah,kakak happy dapat pergi tanah semenanjung."jawabku. Aku sempat membaca mesej terakhir dari Wi. "Na,kau jangan lah sedih depan family kau ye.Kau kan tabah,kuat.Jangan manja-manja lagi.Jangan jadi insan lemah.Kau kena kuat macam aku! peace ^_^ jangan lupa call aku kalau dah sampai." Aku senyum gembira.Dalam hatiku,rakan ku yang setia hanyalah Wi..Selamat tinggal Wi..Kita pasti akan berjumpa lagi..Lantas aku memalingkan muka di tingkap.Airmataku jatuh.Aku pasti rindu saat-saat kita bersama. -bersambung...-

No comments:

Post a Comment