Monday, July 16, 2012
kerna cinta
Petang sunyi membuai rasa pabila kicipan burung menyentuh sanubariku...Sungguh indah ciptaan dan anugerah daripada Ilahi yang sentiasa ku syukuri.Teringat kisah dimasa kecilku yang membuat diriku tersenyum sendiri maklumlah aku hanyalah perantau untuk menimba ilmu pengetahuan yang memerlukan pengorbanan yang tiada nilainya yang menjadikan diriku kini seorang yang tabah,kuat dan berdikari.Jauh perjalanan hidup yang telah ku tempuhi setakat ini dan pelbagai pengalaman telah kujalani.Aku tersenyum.
Namaku Sofeana yang baru sahaja mencecah 20 tahun pada tahun ini berasal dari negeri Bumi Kenyalang yang sering kukagumi tidak kiralah budaya,masyarakatnya,makanan,adat dan tempat-tempat yang menarik yang perlu dikunjungi.
Setelah hampir 2 tahun ku menetap di Pulau Mutiara ini,sedikit sebanyak memberi keindahan yang berbeda dari tempat kelahiranku.Syukur.
Tiba-tiba hatiku terusik pabila mengenang seorang rakan karibku,pendengar setiaku,mat lawakku,penyanyiku..pendek kata penghibur.Kami bersahabat baik sejak dari sekolah tadika lagi.Dialah satu-satunya rakan lelaki yang akrab denganku dulu.dahulu.Wi gelaran ku berikan padanya.
"Na,esok ada kerja rumah ke?".
"Ada".Balasku.
"Apa?" soalnya lagi.
"Mt dgn BM."
"K."Jawab Wi.
Hampir setiap hari mesej tersebut sentiasa ku terima daripadanya .Kadang-kadang aku naik bosan.Seolah-olah aku seperti tukang gaji yang sentiasa memberi peringatan kepadanya.Bayangkan kami dari tadika hingga tingkatan 5 sentiasa sama kelas.Grrr.Bosan.
Bila kami di Tingkatan 5,nampak ketara perubahan pada dirinya.Tinggi,cerah dan berlagak sikit.Konon-konon pandai bergaya lah.Berbeza dengan aku.Umpama langit dan bumi.Tapi kami tetap kawan seperti dulu.Paling ku ingat bila sahaja loceng rehat berbunyi selepas Wi balik dari kantin,kami tentu makan sama-sama dengan rakan-rakanku yang lain.Tapi aku sentiasa bawa bekal.Hygiene konon.Aku rasa makan sendiri lebih sedap.Wi pula tak habis-habis ambil kesempatan makan makanan bekal ku.
"Na,mintak sikit nasi goreng kau.Nampak sedap lah." pinta Wi.
"Elehhh...nah...!".jawab ku lagi.
Wi sentiasa begitu.Kadang-kadang mama aku pun sentiasa sediakan lebih sebab gara-gara Wi ni.Lagipun Wi selalu pergi rumah,lepak-lepak kat rumah.
-bersambung...-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment