Monday, November 8, 2010

BUAH DABAI:BUAH TROPIKAL DI SARAWAK....


Di Sarawak sekarang, jikalau anda singgah ke pasar basah untuk membeli barang keperluan dapur, anda akan terlihat satu buah yang sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah ‘dabai’. Kebiasaannya, buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi favourite dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Ini membuatkan ia sentiasa mendapat sambutan oleh penggemarnya sehingga ada yang sanggup membeli sampai berkilo-kilo.

Mengikut sumber yang tak sahih, buah dabai hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Brunei sahaja. Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.

Bagaimana untuk menyediakan buah dabai.? Ia mengikut kreativiti penggemar masing-masing. Namun, kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Ini yang menyebabkan ia amat sedap untuk dimakan bersama nasi yang masih panas-panas. Selamat Mencuba.. :)

No comments:

Post a Comment