Sunday, July 7, 2013
Selamat Tinggal Ramadhan…
Aku hanyalah manusia biasa yang juga bisa melakukan dosa.Namun padaku,tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.Aku cuba untuk mengubah diriku.Aku sentiasa berusaha,walau sekecil zarah ,juga setitik air kerna ku tahu pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk insan yang menginginkannya..
Aku hanya menamakan diriku sebagai Aishah dan genaplah umurku 21 tahun hari ini dan aku juga punyai kekasih,yang sentiasa ku cintai,Adam.Kami telah bercinta hampir 5 tahun.Hubungan kami sentiasa bahagia seolah-olah sepasang suami isteri.Adam telah berjanji padaku untuk menikahiku setelah tamat belajar.Aku sentiasa menunggu saat itu,pabila sang lelaki benar-benar mencintai dan menyayanginya dengan menjadikan wanita kekasih hatinya sebagai isteri yang halal di sisi agama.
“Aishah,aku akan setia bersama kau seorang,hanya satu ku pinta jangan pernah tinggalkan aku..hanya kau dalam hati aku..aku nak kau janji dengan aku ..” rintih Adam.
“Adam,janganlah bimbang..aku akan sentiasa mencintai kau seorang..aku janji.” jawab ku.Aku senyum.
Namun segalanya telah hancur musnah! Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Hubungan kami telah tersasar ke jalan yang salah..Jalan hitam yang akan menghancurkan hati orang tua yang sangat berharap padaku.Ya Allah,apa yang telah ku lakukan ini!Benar,pabila lelaki dan wanita berdua-duaan di tempat gelap dan sunyi pasti ada teman yang ketiga.Kami telah hanyut dalam godaan syaitan.Allah,apa perlu ku lakukan?Aku tidak sedar!Sungguh..aku telah berdosa..aku telah berzina..
Hampir sebulan aku mengurungkan diriku di dalam bilik.Hampir setiap malam aku menangisi nasibku.Aku tahu,walau menangis hingga keluar airmata darah sekalipun,aku tidak dapat memutarkan masa pabila nasi sudah menjadi bubur.Bagaimana harus aku berdepan dengan keluarga ku nanti?Apa perlu ku katakan pada orang tuaku?Sungguh aku tidak sanggup untuk menghancurkan perasaan mereka..Lantas aku mencapai telefon bimbitku untuk menelefon Adam.
“Hello,Adam..kau kat mana ni?Kenapa kau menghilang?Aku perlukan kau Adam..” suaraku hampir menjerit.
“Aishah,aku busy lah..tak lama lagi aku kena duduk exam..Kau jangan risaulah.”jawab Adam.
“Adam,kau kena hantar aku kat klinik..aku takut Dam..”terketar-ketar suara ku menahan airmata.
“Baiklah,kalau tu yang kau nak..esok kita pergi klinik ya..” jawab Adam lagi.Belum sempat aku menghabiskan ayat , Adam telah memutuskan panggilan.Terus air mataku laju mengalir ibarat hatiku yang terhiris pedih..Ya Allah,aku bermohon padamu..ampunkanlah dosa hambamu yang kerdil lagi hina ini..
Keesokkan harinya,aku bergegas ingin keluar bertemu dengan Adam setelah usai solat Subuh.Perasaan ku sedikit tenang.Tiba-tiba ibu menegurku.
“Aishah,nak pergi ke mana?Jarang ibu nampak Aishah sejak akhir-akhir ini.” Soal ibuku.
“Aishah,nak jumpa kawan sekejap bu.”Jawabku laju.
“Baiklah,hati-hati bawa kereta tu nak..satu lagi,jangan lupa belikan ibu karipap..” pesan ibuku.Hatiku sekali lagi sayu.Sayu bila melihat ibuku yang sentiasa berada disisiku..yang telah melahirkan aku,yang menjagaku,yang mendidikku selama ini.Tapi apa telah ku lakukan?!! Aku membalas jasa orang tuaku dengan perbuatan terkutuk ku ini.
Akhirnya,aku dapat juga berjumpa dengan Adam.Namun aku dapat lihat wajahnya tidak seperti dulu,raut wajah seolah-olah membenci ku.Ya,aku dapat rasakannya.Kami terus pergi ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya hatiku ini.Setelah membuat pemeriksaan,tiba-tiba..
“Tahniah Encik Adam,anda akan bakal bergelar sebagai bapa.” Doktor tersebut cepat bersalaman dengan Adam mengucapkan tahniah.Namun Adam hanya tergamam.Aku tidak tahu apa yang Adam fikirkan.Adam membisu.
“Adam,kita perlu kahwin..Sampai bila kita harus merahsiakan semua ini?Aku dah tak sanggup Adam..” rayuku padanya.Adam tetap membisu.Tiada balas daripadanya.
“Aishah…kau cintakan aku?”soal Adam kepadaku.Aku mengganguk laju.
“Kalau kau cintakan aku,aku nak kau gugurkan kandungan ni..Aku tak nak anak dalam kandungan ini!Aku rayu pada kau Aishah!” jerit Adam.
Hatiku ibarat dipijak-pijak.Sakit yang tiada tertahan.Badanku terketar-ketar menahan geram.Ingin sahaja aku menampar muka Adam ketika itu.Ya Allah!Tabahkan hati hamba-Mu ini..Berikan lah kekuatan kepadaku untuk meneruskan penderitaan ini..Adakah ini hukuman bagi ku??Aku sangat sayangkan kandungan ku ini..Aku tidak mahu benihku ini dibuang..Aku sayangkannya..Aku tidak ingin!
“Adam,cukup!Kalau kau tidak mahu anak ini..Biar aku tanggung sendiri!Aku sangat sayangkannya.Aku tetap tidak menggugurkan kandungan ini meski kau paksa aku sekalipun.Kau memang zalim Jika mati anak ini umpama mati juga diriku.Adam!Biarlah sampai sini sahaja hubungan kita.Kau jangan cuba cari aku lagi..Aku tak nak tengok muka kau lagi dan jangan kau cuba sentuh anak aku nanti!Pergi kau dari hidup aku..! Lepaskan aku sekarang! Kita putus!” airmataku menitis laju.Aku pergi meninggalkan Adam buat kali terakhirnya.
Hampir lapan bulan telah usia kandungan ku ini.Ternyata,seluruh keluargaku mengetahui perbuatanku ini.Apa yang membuat ku terharu,mereka sanggup menerima diriku ini seadanya..Sanggup menerima aku yang derhaka dan aku yang hina ini..Sungguh aku tidak tahu betapa besarnya pengorbanan orang tuaku.Terima kasih Ya Allah..Aku bersyukur punya ibu dan ayah yang hebat.Tidak ku lupa jasa mereka padaku.Setiap detik aku berdoa dan bertaubat kepada Illahi agar Allah mengampuni dosa-dosaku ini.
Tibanya bulan Ramadhan esok hari,aku sangat gembira menanti bulan yang mulia ini,bulan yang penuh kerahmatan,bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap muslimin dan muslimat.Insyaallah,aku akan berpuasa penuh pada bulan ini.Ini azamku.Bibirku tiada henti-henti membaca Al-Quran.Malamku sentiasa ditemani dengan Qiamulail.Dodoian kandunganku sentiasa ku lagukan dengan zikrullah agar mendapat keberkatan. Aku ingin bertaubat.Aku ingin berubah.Aku akan membesarkan anakku ini dengan kudratku sendiri.Anak Adam.
Hatiku sayu bila mengenangkan lelaki yang telah melontar janji-janji manis kepadaku.Ibu mengetuk pintu bilikku.
“Aishah,belum tidur lagi?” soal ibuku dengan lembut.Aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.
“Cucu nenek ni nanti Aishah nak berikan namanya siapa?”Ibu merenung ke dalam wajahku.
“Aishah rasa,jikalau lelaki anak Aishah ni nanti..Aishah nak berikan nama Zainul Muttaqin dan kalau perempuan pulak Aishah nak berikan nama Nur Aisyah Azzalea..macam nama ummi nya jugak..” ketawa aku dan ibu memecah kesunyian.Sekurang-kurangnya aku dapat merasa bahagia dan kasih sayang ibuku.
Ramadhan hampir di penghujung waktunya.Kerana Ramadhan kali ini benar-benar mematangkan diriku dan aku bukan berseorangan .Sungguh aku merindukan bulan ini.Bulan yang memberi keberkatan kepadaku.Ingin sahaja aku menghentikan masa agar Ramadhan ini dapat ku alami lagi.Sungguh indah perasaan ini.Aku berharap agar Allah dapat mengampunkan dosa-dosaku ini. Aku ingin menyambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk dan aku bertaubat secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
Tiba-tiba perutku rasa memulas..sakit..sakit yang teramat..Subhanallah..Allah Maha Berkuasa,hanya wanita sahaja tahu betapa sakit dan peritnya melahirkan seorang anak.Aku mengalir airmata kegembiraan.Syukur Ya Allah!Aku digegaskan dihantar ke hospital oleh keluargaku.Saat sebelum dimasukkan dalam wad bersalin,aku sempat melihat kelibat Adam yang terus menghampiriku.
“Aishah,aku minta maaf sangat..aku tahu aku berdosa selama ini dengan kau..aku nak..” belum lagi Adam menghabiskan ayatnya aku telah mencelah.Keluargaku hanya memandang kami sahaja.
“Adam,dah lama aku maafkan kau,kau jangan risau Dam..ini anak kau juga..Aku bersyukur kau datang hari ni” mengalir airmataku.
“Ibu,ayah..Aishah nak minta maaf sangat-sangat kerana selama ini Aishah banyak berdosa kepada ibu dan ayah.Halalkan makan dan minum Aishah ye,..Aishah minta jagalah anak Aishah ini seperti ibu jaga Aishah..Satu lagi bu,jangan lupa namakan anak Aishah seperti yang Aishah janjikan.”Aku hampir menangis saat melihat wajah orang tuaku sambil ku pegang erat tangan mereka.
Entah kenapa perasaan ku lain,seperti aku perlu pergi meninggalkan orang-orang yang kusayang.Saat saat kelahiran aku terasa ibarat bertarung dengan nyawaku sendiri.Keringat telah membasahi badanku.Sungguh hebat ujian-Mu.Aku terdengar suara bayiku.Syukur sekali lagi ya Allah..Aku sempat melihat wajah puteriku Nur Aisyah Azzalea..cantik seindah namanya.
“Saat memandangmu terus hilang segala keperitan ibu ini sayang” rintih dalam hatiku.Namun kesakitan muncul lagi sekali.
“Allahuakhbar!!” jeritku kuat.Ku hanya lihat wayar wayar disekelilingku.Sakit yang tidak terkira.Berjuta sakitnya dari melahirkan.
Apabila melihat doktor keluar daripada wad bersalin,keluarga dan Adam terus berjumpa doktor.
“Tahniah semua,anaknya perempuan.”Belum sempat doktor meneruskan ayat Adam bersyukur kepada Allah.
“..Tapi banyakkan bersabar ..kami tidak mampu menyelamatkan ibunya akibat pendarahan teruk.Sabarlah..Takziah.”.Ibu terus pengsan.Keluargaku menangis teresak-esak.Adam terduduk membisu.
Selamat tinggal semua..selamat tinggal dunia..selamat tinggal Ramadhan.Semoga Aishah ditempatkan di kalangan orang – orang yang beriman.Amin.
Nukilan : Zarith Sofia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment