Sunday, November 7, 2010

My Fav Food : KETAM MASAK MASAM MANIS


BAHAN2 YG DIPERLUKAN:

Of coz lah ketam n make sure sudah dibersihkan..
then bawang merah,bawang putih,cili kering,serai,lengkuas sedikit saja..blenderkan semua atau tumbuk pun boleh lah...kalau tumbuk pastikan cili kering telah dimasak dan diblenderkan terlebih dahulu k...kita perlukan telur ayam 2 biji..kalau ketam kamu byk,boleh letak banyak sikit..hihihi...lepas tu kita perlukan sos cili dan tomato...hurmm..kalau ada tomato mesti lah letak gula sikit dan garam secukup rasa!!

CARA NAK MEMASAKNYA :
First sekali...pastikan minyak diletak dalam kuantiti yg sederhana..jgn kurang dan jgn terlebih plak..panaskan minyak..lepas tu,masok kan bawang merah,bawang putih,serai,lengkuas dan cili kering yang telah diblend tadi...Lpas tu,letak sos cili dan sos tomato...suka hati lah nak letak brapa byk pon...letak ketam dan..gaul2x...jgn lupa letak air...!!!hehehe...tutup sebentar selama 7 minit..barulah kita masokkan telor ayam yg telah dipokkan terlebih dahulu...last sekali letak lah garam dan gula secukup rasa...hihihi..selamat mencuba...!!!

NAK BUAT AISKRIM COKLAT???SAYA ADA RESEPINYA...

Cara-cara membuat aiskrim coklat......

Bahan A:
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 140gm gula kastor
Bahan B:
  • 250ml susu penuh krim
  • 60gm seruk koko
Bahan C:
  • 400gm non dairy whipping cream ( krim putar bukan tenusu dalam kotak yang untuk kek)
  • 1 sudu kecil vanila esen
cara buat:
  • pukul bahan A hingga putih dan berkrim
  • panaskan susu hingga mendidih dan masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati (bahan B)
  • tuang adunan susu dan koko ini ke dalam adunan telur dan sejukkan
  • putar whipping cream hingga kental dan gebu
  • masukkan whipping cream ke dalam adunan tadi yang telah disejukkan dan gaul sebati
  • tuang ke dalam bekas/ kontena plastik dan simpan dalam freezer 1 malam

SELAMAT MENCUBA....!!! LAGI SEDAP KALAU TAMBAH KACANG WALNUT SEBAGAI HIASAN...

Tuesday, November 2, 2010

JOM BELAJAR BAHASA MELAYU SARAWAK..

Kamek=saya
kitak=dia
mereka=cdak
bercakap=klakar
kelakar=cali
ketawa=tetak
tiada =sik ada
tidak mahu=sik mauk
pembohong=pebulak
kekasih=gerek
kapal terbang=belon
belon=gelembong
sombong=lawa
koyak=bisak

PERCAKAPAN SEHARIAN:

berapa sigek tok ka?
maksud: berapa satu ni?

kamek tauk lah kitak ya udah ada gerek tapi iboh lah sombong gilak ngan kamek..sik ada juak kamek mauk ngaco kitak ya gik..
maksud: saya tahu lah kamu tu sudah ada kekasih tapi tidak payahlah sombong sangat dengan saya..tidak ada juga saya nak kacau kamu lagi...

lewat juak ceridak kitak tok?
maksud:kenapa kamu ni pengotor sangat?






Thursday, October 28, 2010

NABAU : SARAWAK ANACONDA

DIPERCAYAI NABAU DIJUMPAI DI SUNGAI RAJANG,DI SARAWAK.....
HAL INI MENYEBABKAN KEJADIAN BANJIR BESAR DI SARAWAK...
NAMUN..KEBENARAN MASIH TIDAK DIKETAHUI.....

Tuesday, September 28, 2010

REFLEKSI

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum w.b.t....Pada pendapat saya semasa pembelajaran subjek Teknologi Maklumat ini,saya memperolehi pelbagai maklumat dan info-info penting terutamanya dalam bidang ICT.Sejujurnya,sebelum memasuki Maktab Perguruan ini,saya kurang pengetahuan mengenai ICT,Hal ini kerana kediaman kami merupakan kawasan pedalaman di Sarawak dan penggunaan internet itu sukar untuk diperolehi . Namun demikian..atas usaha yang gigih dan penerangan dari pensyarah kami ,saya mulai faham akan penggunaan ICT dengan lebih mendalam..Selain itu juga,saya juga sering bertanya kepada rakan-rakan yang lain.Sebagai contoh,menambah maklumat dan perhiasan dalam blog saya ini.
Selain itu juga,samasa subjek Teknologi Maklumat,saya dapat memperolehi motivasi diri kerana sepanjang pembelajaran dijalankan tuan pensyarah banyak memberi maklumat mengenai peranan guru untuk membangunkan anak-anak bangsa..dan pensyarah juga sering menyatakan bahawa menjadi seorang pendidik bukan perkara yang mudah dan seorang guru haruslah mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis berdasarkan garis panduan yang betul.



Apakah peranan cita-cita dalam pendidikan?

Pendidikan merupakan aset terpenting dalam membangunkan anak bangsa dari aspek akademik,kokurikulum,sahsiah,jati diri dan sebagainya yang juga merangkumi nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan dalam diri para pelajar.

Oleh yang demikian,para pelajar haruslah mempunyai suatu cita-cita yang dapat menetapkan sesuatu matlamat dalam hidup mereka.Oleh yang demikian,kita sebagai guru juga memainkan peranan yang penting untuk memberi petunjuk hala tuju kepada para pelajar agar mencambahkan dan memperkembangkan lagi perspektif para pelajar agar minda mereka sentiasa terbuka untuk mencari peluang dalam bidang pendidikan.Hal ini bukan sahaja dapat menjadikan ibu bapa merasa bangga akan kejayaan anak-anak mereka malah kejayaan itu juga dapat dikongsi bersama dalam membangunkan martabat negara kerana dapat melahirkan anak jati Malaysia yang berwawasan,berdisiplin,berwibawa dan mempunyai mental kelas pertama.

Tuesday, September 21, 2010

KERJA KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Soalan : Terangkan bagaimana proses dan pembangunan sesuatu produk multimedia

DEFINISI MULTIMEDIA

Multimedia berasal daripada 2 perkataan iaitu multi,banyak dan pelbagai.

Multimedia juga berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau televisyen.

Multimedia juga merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media) seperti teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.

Ciri-ciri umum Sistem Komputer Multimedia

  • Ia mestilah berkemampuan untuk menukarkan sebarang maklumat dalam keadaan analog seperti suara, muzik dan video ke bentuk digital dan sebaliknya
�Apabila dikaitkan dengan pemprosesan .
  • Ia seharusnya boleh mengawal sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara.

  • Ia mestilah berciri interaktif iaitu pengguna boleh melakukan capaian secara rawak ke atas data-data multimedia
4 sifat penting produk multimedia

  • Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media


  • Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya.

  • Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (Links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ialebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku.

  • Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut(contoh halaman web).

  • Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan persembahan tanpa interaksi seperti TV

Sejarah perkembangan multimedia :

Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer dirumah dan pejabat telah dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang sosfitikated bagi mempercepatkan pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti kerja harian. Penggunan komputer juga membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna. Rajah 1.2 menunjukkan evolusi dan perkembangan penciptaan teknologi komputer multimedia yang bermula dari lewat tahun 70-an.

Perkembangan teknologi multimedia berubah selaras dengan perubahan teknologi komputer.

  • Pada tahun 60-an, komputer rangka (main frame computer), digunakan untuk mengendalikan pangkalan data korporat yang besar dan sistem kewangan.
  • 1970-an, terminal komputer digunakan oleh organisasi untuk menyebar dan menguruskan maklumat.
  • Era 1980-an, rekabentuk komputer diubahsuai dimana ia menjadi lebih mudah digunakan. Semua orang boleh memiliki komputer untuk melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan, kerja kira-kira, permainan komputer dan sebagainya.
  • 1980-1990-an, perkembangan penciptaan komputer semakin drastik sehingga mencapai tahap yang tidak tergambar sebelum ini. Dalam masa yang sama, perkembangan teknologi ini telah membawa kepada :

(a) Menghasilkan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju
(b) Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer
(c) Kapasiti muatan storan data yang lebih besar di dalam pemacu keras (hardisk) dan CD-ROMs
(d) Audio dan video digital
(e) Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objek dengan menggunakan tetikus. Arahan berasaskan antaramuka pengguna bergrafik memudahkan pengguna melakukan proses-proses yang dikehendaki dengan lebih mudah.
(f) Rangkaian LAN dan WAN secara meluas membolehkan pengguna berhubung dengan seluruh dunia.