Tuesday, September 21, 2010

KERJA KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Soalan : Terangkan bagaimana proses dan pembangunan sesuatu produk multimedia

DEFINISI MULTIMEDIA

Multimedia berasal daripada 2 perkataan iaitu multi,banyak dan pelbagai.

Multimedia juga berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu, perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk mass komunikasi seperti surat khabar, majalah atau televisyen.

Multimedia juga merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat (media) seperti teks,grafik, bunyi, animasi, video dan sebagainya yang mana maklumat ini disampaikan dan dikawal oleh sistem komputer secara interaktif.

Ciri-ciri umum Sistem Komputer Multimedia

  • Ia mestilah berkemampuan untuk menukarkan sebarang maklumat dalam keadaan analog seperti suara, muzik dan video ke bentuk digital dan sebaliknya
�Apabila dikaitkan dengan pemprosesan .
  • Ia seharusnya boleh mengawal sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara.

  • Ia mestilah berciri interaktif iaitu pengguna boleh melakukan capaian secara rawak ke atas data-data multimedia
4 sifat penting produk multimedia

  • Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media


  • Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya.

  • Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (Links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ialebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku.

  • Produk multimedia mestilah mempunyai sifat Navigasi (Navigation Tools), di mana navigasi merupakan sebarang ikon, butang, “hot spot” atau peralatan yang aktif. Aktif di sini bermaksud ikon ataupun butang tersebut berupaya untuk menghubungkan pengguna dalam produk multimedia tersebut(contoh halaman web).

  • Cara persembahan maklumat bersifat interaktif. Di mana pengguna boleh berinteraksi dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia lebih merupakan persembahan tanpa interaksi seperti TV

Sejarah perkembangan multimedia :

Lewat tahun 70-an, penggunaan mikro komputer dirumah dan pejabat telah dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah-masalah sistem yang sosfitikated bagi mempercepatkan pengguna menyelesaikan aktiviti-aktiviti kerja harian. Penggunan komputer juga membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dan memberi hiburan kepada pengguna. Rajah 1.2 menunjukkan evolusi dan perkembangan penciptaan teknologi komputer multimedia yang bermula dari lewat tahun 70-an.

Perkembangan teknologi multimedia berubah selaras dengan perubahan teknologi komputer.

  • Pada tahun 60-an, komputer rangka (main frame computer), digunakan untuk mengendalikan pangkalan data korporat yang besar dan sistem kewangan.
  • 1970-an, terminal komputer digunakan oleh organisasi untuk menyebar dan menguruskan maklumat.
  • Era 1980-an, rekabentuk komputer diubahsuai dimana ia menjadi lebih mudah digunakan. Semua orang boleh memiliki komputer untuk melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan, kerja kira-kira, permainan komputer dan sebagainya.
  • 1980-1990-an, perkembangan penciptaan komputer semakin drastik sehingga mencapai tahap yang tidak tergambar sebelum ini. Dalam masa yang sama, perkembangan teknologi ini telah membawa kepada :

(a) Menghasilkan mikro komputer (desktop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju
(b) Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer
(c) Kapasiti muatan storan data yang lebih besar di dalam pemacu keras (hardisk) dan CD-ROMs
(d) Audio dan video digital
(e) Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objek dengan menggunakan tetikus. Arahan berasaskan antaramuka pengguna bergrafik memudahkan pengguna melakukan proses-proses yang dikehendaki dengan lebih mudah.
(f) Rangkaian LAN dan WAN secara meluas membolehkan pengguna berhubung dengan seluruh dunia.


No comments:

Post a Comment