Tuesday, September 28, 2010

REFLEKSI

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum w.b.t....Pada pendapat saya semasa pembelajaran subjek Teknologi Maklumat ini,saya memperolehi pelbagai maklumat dan info-info penting terutamanya dalam bidang ICT.Sejujurnya,sebelum memasuki Maktab Perguruan ini,saya kurang pengetahuan mengenai ICT,Hal ini kerana kediaman kami merupakan kawasan pedalaman di Sarawak dan penggunaan internet itu sukar untuk diperolehi . Namun demikian..atas usaha yang gigih dan penerangan dari pensyarah kami ,saya mulai faham akan penggunaan ICT dengan lebih mendalam..Selain itu juga,saya juga sering bertanya kepada rakan-rakan yang lain.Sebagai contoh,menambah maklumat dan perhiasan dalam blog saya ini.
Selain itu juga,samasa subjek Teknologi Maklumat,saya dapat memperolehi motivasi diri kerana sepanjang pembelajaran dijalankan tuan pensyarah banyak memberi maklumat mengenai peranan guru untuk membangunkan anak-anak bangsa..dan pensyarah juga sering menyatakan bahawa menjadi seorang pendidik bukan perkara yang mudah dan seorang guru haruslah mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis berdasarkan garis panduan yang betul.



No comments:

Post a Comment